Aku terjaga daripada lena. Aku melihat kembali membaca emel
yang baru aku terima daripada kenalan ku iaitu Azie menjemput aku uuntuk
menghadiri ke Majlis Reunion SMK Subang Jaya. Kegusaran aku mula melanda.
Perasaan berbolak- balik untuk menjejakkan kaki ke tempat yang menyimpan seribu
kenangan pahit mahupun bahagia. Ahh itu tidak penting yang menjadi masalah aku
sekarang adalah perlukah aku berjumpa dengan seseorang yang sudah lama
menghantui hidup ku dan meninggalkan kesan yang amat mendalam bagiku. Pelbagai
persoalan melanda dalam fikiran ku, adakah dia masih mengenali ku? Apakah dia
masih menyimpan dendam terhadap diriku? Perlukah aku menghadiri majlis
tersebut? Adakah aku mampu menjawab segala persoalan tentang kehilangan ku?
Aku
mengimbas kembali ketika aku di zaman persekolahan, aku merupakan seorang
pengawas yang sangat tegas dan ramai yang menggelarkan aku sebagai singa betina
namun terdapat seorang sahaja yang sudi berkawan dengan aku. Aliff, dia lah
tempat aku meluahkan perasaan, teman aku belajar dan sanggup berbuat apa sahaja
demi aku sehingga ramai yang berkata kami sebagai pasangan yang bercinta namun
hakikatnya kami hanya lah kawan. Setiap petang Aliff akan selalu menunggu aku
untuk pulang bersama- sama. Memandangkan kami
tinggal di kawasan perumahan yang sama.
Ketika
aku berjalan pulang ke rumah, Aliff bertanya “Kau tak bosan ke asyik berkawan
dengan aku je.” Aku tersentak dengan soalan tersebut, segala perkara negatif
sudah ada di dalam kepala aku , tanpa menjawab pertanyaan dia aku bertanya
kembali “ Kau tak suka berkawan dengan aku ke?”. Aliff terdiam seketika. Lalu dengan tenang nya dia berkata
“ Aku tidak pernah bosan berkawan dengan kau. Tapi aku takut suatu hari nanti
bila aku tiada di sisi kau aku takut kau akan rasa keseorangan.” Aku yakin yang
Aliff ada sorokkan sesuatu daripada aku. “ Kau nak tinggalkan aku ke? Kau ada
masalah? Cuba la berkongsi dengan aku. Mana tahu aku boleh tolong kau. Jangan
lah berahsia dengan aku. Kau tahu kan kau orang yang paling penting dalam hidup
aku.” Aliff memandang ku sambal tersenyum “ Aku tak pernah ada niat untuk
tinggalkan kau tapi kalau ajal menjemput aku takkan aku nak halangkan? Tapi
satu sahaja yang aku nak pesan dekat kau.” Sebelum dia habiskan ayatnya aku
terus memintas percakapannya ”Apa dia?” Aliff mencemikkan mukanya sambal
berkata” Ish budak ni aku belum habis bercakap kau dah pintas ayat aku”. Aliff
meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya, aku hanya mampu ketawa kerana reaksi
Aliff sangat kelakar. “Sudah lah tu gelakkan aku. Ni aku nak pesan kalau aku
tak ada di sisi kau, aku minta sangat- sangat jangan menangis, jadi anak solehah, cuba bergaul dengan orang
dan jangan lupa aku.” Aku sudah berasa tidak sedap hati seperti ada sesuatu
yang buruk bakal terjadi. “Mmm Aliff kau ada” belum sempat aku menghabiskan
ayat lagi, dia sudah memintas kata-kata ku “ Sudah lah tu dah banyak sangat
kita sembang ni. Esok kita sambung, lagipun dah sampai rumah kau pun. Pergi lah
masuk dahulu. “ aku membuat muka tak puas hati sambil berkata “ Ye lah. Aku
balik dulu. Esok jangan lupa sambung balik banyak sangat soalan yang aku nak
tanya kau ni. Hati- hati tau balik tu” kataku sambil masuk ke dalam rumah.
Bila
aku melihat kelibat Aliff hilang daripada pandangan ku. Aku terus membuka pintu
rumah ku. Aku terlihat ibu, ayah dan abang aku berkumpul di ruang tamu. Masing-
masing kelihatan gembira, ibu ku menangis gembira. Aku keliru, ada apa-apa yang
berlaku ke? Ayah kuterus menggamit ku dan berkata “ Ayah ada berita gembira ni,
ayah dapat naik pangkat dan kita akan berpindah ke Sabah dekat sana nanti kita
akan duduk dekat rumah besar dan lagi selesa dari sini. Alya happy tak?”. Aku
terkejut. Pindah Sabah? Maknanya aku kena tinggalkan sekolah dan aku kena
tinggalkan satu- satunya kawan aku aku iaitu Aliff. Mampu kah aku untuk lakukan
ini. Sanggupkah aku tinggalkan segala yang aku miliki untuk kesenangan keluarga
aku? “ Urmm bila kita kena pindah ayah?” tanyaku. Ibuku terus menjawab “ Minggu
depan kita akan berpindah ke sana. Jangan lupa kemaskan barang yang nak bawa
tau”. Aku terkesima “ kenapa cepat sangat? Macam mana dengan Alya punya
belajar. Sudah la Alya tahun ni SPM. Macam mana ni?” Ayah aku berkata “ Itu
jangan risau, tentang Alya punya belajar ayah sudah uruskan. Nanti alya akan
bersekolah dekat Sabah dan ambil SPM pun dekat sana. Ayah yakin Alya akan dapat
kawan yang baik yang boleh tolong Alya dekat sana nanti.” Aku hanya tersenyum
walaupun dalam hati aku rasa gelisah dan sedih.
Keesokkan harinya, aku menunggu Aliff
di tempat yang dijanjikan. Aku melihat jam di pergelangan tangan ku “ Hish mana
Aliff ni. Tak pernah – pernah lambat”. Tiba – tiba aku menangkap kelibat Aliff
yang berlari- lari menuju ke arah ku. Ketika Aliff menuju ke arah ku, aku
terlihat sebuah kereta proton menuju ke arah Aliff. Aku menjerit “ Aliff ada
kereta kat belakang. Aliff jangan lari. Hati-hati, ada kereta. Aliff!!!!”
sebelum Aliff menyelamatkan diri. ‘Bangggg’
aku ternampak Aliff sudah terlantar di jalan raya dan darahnya mengalir ke
seluruh badan. Pada ketika itu aku merasakan yang nyawa aku melayang. Adakah
ini mimpi? Tak mungkin, tak mungkin. Aku terus berlari menuju ke Aliff. Aku memandangnya
dan cuba untuk sedarkannya. Dia memandangku dan berkata “jaga diri kau elok-elok”
sebelum rebah ke pangkuan aku. Ketika itu aku hanya mampu menangis. Aku memang
kawan yang tak berguna.
Pada ketika itu ramai orang yang tolong
untuk selamatkan Aliff. Ketika itu aku tidak tahu untuk lakukan apa-apa. Aku
rasa separuh jiwa aku mati. Aliff terus dikejarkan ke hospital. Ketika itu
Aliff dalam keadaan yang sangat teruk. Dia di tempatkan di Unit Rawatan Rapi.
Sepanjang Aliff di dalam hospital aku lah yang menjaganya. Bagiku ini sahaja
yang mampu aku lakukan ketika itu. Aku sangat berharap agar dia sihat seperti
selalu. Dan aku harap yang aku dapat memberitahu tentang perkara yang terjadi
terhadap aku.
Hari berganti hari namun keadaan
Aliff masa sama. Aku tidak sampai hati nak tinggalkannya dalam keadaan begini
namun apakan daya aku terpaksa. Aku merasakan yang aku tidak layak untuk
menjadi kawannya. Aku terpaksa tinggalkannya demi keluarga dan masa hadapanku.
Selamat tinggal sahabat.
Hari yang ditunggu telah pun
tiba, aku melangkah ke tempat tersebut dengan pelbagai rasa. Aku tidak tahu
bahawa tindakan aku ini betul ataupun hanya menebalkan rasa bersalah aku. Ramai
melihat ku dengan pandangan yang sukar untuk aku tafsirkan. “alya?” aku menoleh
kebelakang aku terlihat seorang perempuan ayu bertutup litup sedang senyum ke
arah aku. Ketika itu otak aku sedang memproses untuk mengingati siapakah
pemilik wajah tersebut. Tanpa sempat aku berkata pemilik wajah tersebut berkata
“Ini aku lah Azie. Takkan kau tak kenal aku. Wah, lain kau sekarang! Makin
cantik. Aku tak sangka yang kau akhirnya datang.” Aku tersenyum “ kau pun apa
kurangnya makin ayu sekarang ni. Terima kasih tau sebab sudi jemput aku”. Azie
tersipu- sipu malu sambil berkata “ tak ada lah aku biasa- biasa sahaja.
Tapikan ada seseorang yang nak sangat jumpa kau. Dia tunggu kau dekat taman
belakang blok ni. Kau pergi lah jumpa dia.” Aku bertanya” siapa pula yang nak
jumpa aku ni?” Azie tidak menjawab soalan aku sebaliknya dia menggesa aku pergi
ke tempat tersebut.
Aku pun pergi ke tempat yang Azie
beritahu dan aku terlihat ada seorang lelaki yang sedang sedang khusyuk
menghanyati suasana taman. Aku memberanikan diri untuk menegur lelaki tersebut.
“Hmm, ada apa nak jumpa?”. Lelaki tersebut memusingkan badannya menghadap ku.
Aku terkelu. Adakah ini kenyataan ataupun hayalan aku semata-mata. “Hi Alya,
masih ingat aku?” lelaki itu tersenyum melihatku. “Maa… ma.. ma.. masih. Ini Aliff kan?” ketika itu aku tidak
tahu kenapa aku rasa gugup bila berhadapan dengan dia walaupun sudah hampir 5
tahun kami tidak bertentang mata. “ Ya aku Aliff kawan kau yang sentiasa ingat
tentang kau” katanya. Ketika itu aku hanya mampu mengungkapkan satu perkataan
iaitu “ Aku minta maaf”.

Comments
Post a Comment